Selasa, 19 April 2016

Produk kecantikan yang ada bahan-bahan terlarang berbahaya buat kesihatan, terutama untuk kulit.

Pasaran produk berbahaya ini sudah dilarang, namun  masih ada yang tetap memasarkannya ataupun membelinya. Semua itu dilakukan semata-mata kerana mahu wajah menjadi lebih putih dan ‘flawless’ dengan cepat tanpa mengetahui fungsi serta maksud di sebalik nama setiap kandungan bahan yang dimasukkan dalam produk tersebut.

Anda yang suka menggunakan produk-produk kecantikan ini perlu lebih peka dan kena ingat bahawa produk-produk tersebut tidak selamanya membantu penampilan kulit anda menjadi lebih cantik.  Jika tidak bernasib baik, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kulit. Bukan sekadar masalah biasa seperti jerawat, malahan mungkin lebih daripada itu. Wajah anda jadi rosak, kulit seperti melepuh terbakar, bernanah dan sebagainya.

Untuk itu, sebagai wanita anda wajar memilih kosmetik yang terbaik serta sesuai dengan kulit anda.  Jangan mudah tertipu oleh harga murah serta kata-kata manis yang para penjual kerana ia boleh menghancurkan kecantikan semulajadi yang telah anda miliki.  Sudah ramai yang menjadi mangsa produk-produk kecantikan palsu ini dan  jangan sampai anda menjadi salah seorang  daripadanya!

Produk-Produk Kecantikan Itu Berbahaya  kerana ia mungkin mengandungi:

1. Hydroquinone
2. Merkuri
3. Rhodamin
4. Sodium Laureth Sulfate
5. Isopropyl Alcohol
6. Tretinoin/Retinoic Acid
7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine) & MEA (Monoethanolamine)
8. Minyak Mineral
9. Paraben
10. Propylene Glycol
11. Polyethyene Glycol (PEG)

SEMAK!!

Senarai  produk di bawah ini telah diambil daripada web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan( BFPK), Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dikemas kini bagi tahun 2016.  Produk ini telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan cukup berbahaya buat pengguna.

www.supplementque.blogspot.com

Tiada ulasan: